2.0 SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS
PADA PERINGKAT GLOBAL DAN MALAYSIA
2.1 Sejarah Francais Di Peringkat Global
Sejarah
perkembangan francais di dunia menjadi bukti bahawa bentuk francais yang sedia
ada pada saat ini merupakan pengembangan daripada sistem francais yang telah
diterokai sejak tahun 1850-an dan mula berkembang tahun pada 1950-an serta
1960-an di Amerika Syarikat. Latar belakang dan matlamat daripada sistem ini
adalah supaya barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dapat diedar dan
dijual ke seluruh bahagian lainnya.
Bentuk
francais pertama yang paling sederhana adalah format perniagaan yang dipelopori
pada sekitar tahun 1850-an oleh Singer Sewing Machine Company. Isaac Singer
sebagai pembuat mesin jahit telah memperkenalkan sistem francais untuk
mengembangkan dan meningkatkan pengeluaran mesin jahitnya. Walaupun usaha yang
dilakukannya tidaklah berjaya, akan tetapi ia menjadi orang pertama yang
mengenalkan kepada dunia perniagaan tentang format perniagaan francais ini di
Amerika Syarikat.
Usaha
Isaac Singer ini diteruskan oleh Jhon Styth Pemberton yang lebih berjaya menggunakan
format francais untuk mengembangkan syarikat minuman Coca Cola. Namun, sumber
lain menjelaskan bahawa yang mengikuti jejak Isaac Singer bukanlah Coca Cola,
tetapi sebuah industri automotif di Amerika Syarikat, iaitu General Motors
Industry, sebuah syarikat reka bentuk dan perkilangan yang dibina pada tahun
1897.
Sistem
francais mula diminati dan dipelopori oleh syarikat-syarikat berasaskan makanan
segera (fast food). Sistem francais moden makanan segera telah diperkenalkan
pada 1935 oleh A&W Root Beer yang ketika itu dimiliki oleh Howard Deering
Johnson dan Reginald Spragu. Mereka telah mencetuskan idea untuk memasarkan
makanan segera mereka secara sistem francais, dimana pengelola restoran boleh
menggunakan jenama, pembekal, rekabentuk logo, dalaman dan konsep sebagai
pertukaran yuran yang dibayar. Tahun 1953 menyaksikan restoran makanan segera
McDonalds yang diasaskan oleh adik beradik Dick dan McDonald turut menggunakan
format francais dalam mengembangkan lagi industri makanan segera. Tahun 1990
telah menyaksikan industri francais semakin berkembang terutamanya di Amerika
Syarikat dan terus meluas ke pelbagai negara.
2.2 Sejarah Francais Di Malaysia
Malaysia antara negara yang turut
menerima tempias daripada perkembangan dan penerimaan orang ramai terhadap
industri ini. Kajian yang dilakukan daripada sumber Internet mendapati
perniagaan francais di Malaysia bermula pada tahun 1960-an menerusi
syarikat-syarikat seperti Singer, syarikat kasut BATA, perhotelan,
syarikat-syarikat minyak dan automotif. Tahun 1970-an dan 80-an telah
menyaksikan pertumbuhan pesat industri ini dimana restoran-restoran makanan
segera seperti KFC, Pizza Hut, A&W dan McDonalds mula bertapak di negara
ini.
Perniagaan
secara francais di Malaysia masih menjadi kaedah perniagaan yang baru di
kalangan usahawan walaupun industri ini dipromosi dan disokong oleh kerajaan
sejak awal tahun 1990-an lagi. Di peringkat global, perniagaan secara francais
menjadi pilihan utama usahawan kerana model perniagaannya yang cepat berkembang.
Antara syarikat yang terkenal dengan perniagaan secara francais ialah McDonald
dan KFC. Di Malaysia walaupun belum banyak produk francais tempatan
difrancaiskan ke luar negara, namun beberapa francais tempatan telah berjaya
mengembangkan jenama mereka ke luar negara, contohnya, Langkawii Crystall,
Marrybrown Fried Chicken, Nelson's dan Sugar Bun.
Program
Pembangunan Francais sebagai satu di antara program utama untuk membangunkan
usahawan Bumiputera. Sehubungan itu, Program Pembangunan Francais yang
diperkenalkan pada tahun 1992, di bawah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan
Jabatan Perdana Menteri kini merupakan salah satu sumber ekonomi negara yang
mampu memberikan nilai tambah ke arah merealisasikan Rancangan Malaysia
Kesepuluh (RMK-10).
Pasaran
francais negara kini dianggarkan bernilai RM250 juta dengan kadar
pertumbuhannya di tahap 3 peratus setahun. Kadar ini dijangka melonjak kepada
30 peratus setahun menjelang tahun 2020. Tahun 2015 menyaksikan industri
francais memberi sumbangan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM
25.6 bilion dan disasarkan meningkat sehingga sekali ganda kepada kepada 4.3
peratus menjelang 2016 daripada 2.2 peratus ketika ini.
Perbadanan
Nasional Berhad, telah diberi mandat sebagai agensi di bawah Bahagian Francais
dan Vendor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) untuk mengatur
pelan pembangunan industri francais secara lebih komprehensif. Tujuh strategi
utama iaitu promosi, program pakej khas, latihan, pembiayaan, pembangunan
produk, jaringan strategik, pembangunan dan penyelidikan turut diperkenalkan
oleh pihak kerajaan.
No comments:
Post a Comment