6.0 CABARAN
ATAU HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAISI DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA
Di
dalam melaksanakan dan menjalankan perniagaan francais ini, terdapat pelbagai
cabaran atau halangan yang perlu ditempuhi dan dihadapi. Di antaranya adalah
seperti:
6.1 Cabaran
Atau Halangan Francaisi
Rajah
2: Cabaran Atau Halangan Francaisi
i.
Modal
keseluruhan
Kos
untuk mendapatkan hak menggunakan jenama dan bantuan dari francaisor adalah
tinggi. Di antara kos-kos yang perlu di bayar oleh pihak francaisi adalah
seperti berikut:
a.
Yuran
Francais - Yuran francais adalah dalam satu jumlah yang besar dan
tidak akan dikembalikan. Francaisi juga perlu membayar kos lain seperti kos sewa,
deposit, pembelian aset dan juga kos pengubahsuaian kedai.
b.
Royalti
Bulanan - Royalti adalah dibayar berdasarkan peratus jualan
bulanan dan francaisi juga perlu membayar royalti walaupun tidak memperolehi
keuntungan. Di Malaysia, terdapat isu berkenaan bayaran royalti ini di mana
agensi kerajaan iaitu Perbadanan Nasional Berhad (PNS) (badan bertindak untuk
francais Malaysia) mengarahkan supaya pembayaran royalti tidak lebih dari 5%
jumlah jualan bulanan francaisi.
c.
Yuran
Pengiklanan - Yuran pengiklan yang dibayar digunakan
oleh francaisor untuk mengiklankan jenama produk atau perkhidmatan dan untuk
menarik lebih ramai francaisi.
ii.
Tidak
Memberi Kebebasan Kepada Francaisi
Melalui
perniagaan francaisi ini, keseragaman adalah perlu dan disebabkan oleh hal ini,
maka francaisor akan mengawal perniagaan francaisi dan francaisi perlu mengikut
setiap peraturan yang telah ditetapkan. Berikut adalah beberapa perkara
berkaitan perjanjian francais:
a.
Pemilihan
Lokasi – Setiap lokasi perniagaan akan dipilih dan memerlukan
persetujuan oleh francaisor. Francaisor akan melawat dan membaut penelitian
awal terlebih dahulu terhadap lokasi yang dicadangkan oleh francaisi dan
memberikan pendapatnya semada sesuai atau tidak lokasi tersebut.
b.
Hiasan
Dalaman & Konsep Perniagaan - Terdapat francaisor yang
akan menukar hiasan dalaman dan konsep perniagaan mengikut musim. Sehubungan
dengan itu, kos renovasi dan pengubahsuaian tersebut mungkin tidak mampu untuk
ditanggung oleh francaisi. Kebiasaanya, francaisor akan selalu menukar konsep perniagaan,
uniform dan sistem komputer.
c.
Penjualan
Produk dan Perkhidmatan - Francaisor akan mengawal setiap
produk dan perkhidmatan perniagaan francaisi. Jadi, francaisi tidak boleh menjual
produk atau perkhidmatan lain selain daripada milik francaisor.
d.
Operasi
Perniagaan - Francaisi juga tidak mempunyai kuasa dalam menentukan
waktu operasi perniagaan, uniform pekerja, iklan serta promosi dan juga
prosedur perniagaan. Harga jualan juga dikawal sehingga menyukarkan francaisi
memberi diskaun kepada pelanggan. Pengedar juga perlulah dari pengedar yang
diluluskan oleh francaisor.
e.
Hak
Wilayah (Territorial Rights) - Kawalan ini bertujuan
untuk menggelakkan persaingan denga francaisi lain. Selain itu, ia juga
bertujuan untuk menghalang francaisi membuka cawangan lain atau berpindah ke
lokasi yang baru. Pihak francaisor juga berhak untuk menghalang pihak francaisi
membina laman web sendiri.
iii.
Pemilihan
Francaisor Perlu Dilakukan Dengan Teliti
Pemilihan
francaisor secara teliti adalah sangat perlu dan harus diberi penekanan yang
mendalam oleh francaisi. Prospektus yang lengkap perlu ada untuk memberikan
penerangan sejelas-jelasnya kepada francaisi tentang latar belakang francaisor,
prestasi kewangan, status perundangan, potensi francais dan beberapa maklumat
lagi.
iv.
Perlu
Komitmen Yang Tinggi Daripada Francaisi
Kegagalan
akan berlaku berpunca daripada sikap francaisi yang terlalu bergantung kepada
francaisor sedangkan untuk berjaya dalam industri itu bukan perkara yang mudah.
Francaisi bukan sahaja sekadar perlu mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan
modal semata-mata sebaliknya perlu belajar dan memahami selok-belok perniagaan
yang bakal diceburi. Di antara sikap dan juga sifat lain yang perlu ada untuk
seorang francaisi yang ingin berjaya adalah seperti:
a.
Perlu memenuhi pengetahuan dari aspek
kewangan, simpanan dan komitmen
b.
Mempunyai kemampuan dari segi mental dan juga
fizikal
c.
Memiliki kepercayaan kepada produk
d.
Sentiasa menjalankan penyelidikan
e.
Sentiasa berusaha meningkatkan penguasaan
pasaran, memaksimakan keuntungan serta bersaing dengan pesaing terdekat pasaran
v.
Penjualan
Produk Yang Ditetapkan Sahaja
Penglibatan
serta penerusan pihak francaisi dalam perniagaan francais adalah tertakluk
kepada peraturan dan sistem pengoperasian perniagaan yang telah ditetapkan oleh
pihak francaisor. Ini secara tidak langsung akan menyekat tahap daya kreativiti
dan inovasi francaisi terutamanya dalam aspek pengendalian perniagaannya.
vi.
Penamatan
Dan Pembaharuan Kontrak
Kontrak
francais akan tamat sekiranya francaisi melanggar perjanjian francais. Kontrak
ini sah untuk tempoh masa yang telah dipersetujui dan tiada jaminan atas
pembaharuan kontrak.
a. Penamatan
Kontrak - Francaisor boleh menamatkan kontrak sekiranya
francaisi gagal membayar royalti, gagal menunjukkan prestasi yang menguntungkan
dan lain-lain sebab yang munasabah. Segala pelaburan francaisi akan hilang
apabila kontrak tamat. Di Malaysia, setiap perjanjian francais adalah untuk 5
tahun.
b.
Pembaharuan
Kontrak - Pembaharuan kontrak tidak berlaku secara aotomatik.
Segala terma dan syarat mungkin akan berubah. Antaranya kenaikkan kadar bayaran
royalti, membuat pengubahsuaian kedai, menggurangkan hak wilayah dan kawalan
atas jualan.
6.2 Cabaran Atau Halangan Francaisor
Rajah 3: Cabaran Atau Halangan Francaisor
i.
Kos
Untuk
membangunkan sebuah sistem francais bukanlah mudah seperti yang dibayangkan.
Ianya memerlukan pengggunaan masa yang banyak dan membabitkn kos pengurusan
yang sangat tinggi. Secara purata pembangunan sesuatu sistem francais baru akan
memakan masa di antara 5 hingga 10 tahun dengan melibatkan kos di sekitar RM200
ribu hingga RM1 juta bergantung kepada jenis produk berkenaan.
ii.
Perkhidmatan
Francaisor
adalah bertanggungjawab ke atas kewujudan, perkembangan dan daya saing
perniagaan francaisi. Francaisor perlu memberikan bantuan kewangan dan khidmat sokongan
kepada pihak francaisi untuk seumur hidup perniagaan francais itu dikendalikan
oleh francaisi.
iii.
Reputasi
Apabila
francaisi gagal untuk mematuhi segala prosedur perniagaan sebagaimana yang
telah ditetapkan oleh francaisor seperti garis panduan mengenai mutu produk,
tentu sekali nilai nama atau reputasi francaisor akan terjejas.
iv.
Pemilihan
francaisi
Francais
adalah satu sistem saling kebergantungan. Meskipun pelantikan francaisi adalah
menerusi perjanjian secara kontrak, namun proses pemilihan francaisi adalah
sangat kritikal bagi memastikan hanya mereka yang sesuai dan memenuhi
keperluaan sahaja dilantik.
v.
Kerahsian
Francaisor
bertanggungjawab untuk berkongsi pengalaman serta kepakaran dengan
francaisinya. Perkongsian diantara francaisor dan francaisi juga memungkinkan
perkongsian rahsia-rahsia perniagaan yang mempunyai risiko peniruan dan
kebocoran formula produk.
vi.
Penipuan
Pihak
francaisor pula mungkin akan menghadapi kesukaran untuk menangani masalah
penipuan seperti bayaran royalti, bayaran caj perkhidmatan, peniruan dan
kebocoran formula produk dan sebagainya apabila cawangan francais pihak
francaisor bertambah dan berkembang pesat.
No comments:
Post a Comment