KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya dapat
dijelaskan bahawa perniagaan francais mampu menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi negara menerusi aktiviti pembangunan usahawan serta pemindahan
kepakaran, teknologi dan idea-idea baru. Pertumbuhan rangkaian perniagaan
francais juga mampu meningkatkan ekonomi Negara dan menyediakan peluang
pekerjaan. Sistem francais juga boleh membantu mewujudkan budaya baru di dalam
menjalankan perniagaan dengan penekanan diberikan kepada aspek-aspek disiplin
yang tinggi, perkhidmatan pelanggan yang berkualiti, kebersihan dan
keseragaman.
Untuk menceburi bdang perniagaan
francais ini, francaisi perlu berhati-hati di dalam memilih francaisor dan
mempertimbangkan beberapa faktor yang menjadi teras kepada perniagaan ini. Hubungan yang harmoni di antara francaisor
dan francaisi adalah satu keperluan supaya dapat mempertingkatkan produktiviti
dan keseragaman produk dapat diselaraskan di setiap cawangannya.
Selain itu, peranan pihak kerajaan
juga adalah sangat penting di dalam mengatur semula perlaksanaan dasar industri
francais dan memberikan segala inisiatif dan kemudahan kepada pihak francais di
dalam sama-sama berusaha dengan kerajaan untuk membina industry yang kukuh dan
juga berdaya saing serta menjadi penanda aras baru dalam dunia francais. Di
samping itu, penggiat industri francais wajar menitik beratkan amalan
perniagaan yang lebih beretika sama ada dengan francaisor, francaisi dan
lebih-lebih lagi pelanggan atau pengguna produk mereka agar Francais Malaysia
akan lebih dipandang hebat di mata dunia.
kemah....
ReplyDelete