3.0 KEPENTINGAN
INDUSTRI FRANCAIS TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL
Industri francais merupakan bidang
perniagaan yang sangat baik dan sangat berkembang maju di negara Malaysia.
Perkembangan yang baik ini memberi tanda yang positif bahawa ekonomi Malaysia
adalah berada di dalam keadaan yang baik dan di samping itu juga ianya dapat
memberikan sumbangan yang sangat besar kepada pertumbuhan ekonomi negara. Selain
daripada memberikan kepentingan kepada pembagunan ekonomi, industri francais
ini juga turut memberi sumbangan kepada pembangunan sosial negara.
3.1 Kepentingan
Terhadap Pembangunan Ekonomi
Di
antara kepentingan-kepentingan yang diberikan oleh industri francais terhadap
pembangunan ekonomi adalah seperti:
i.
Merangsang pertubuhan ekonomi menerusi peningkatan
aktiviti keusahawanan.
ii. Membantu dalam pemindahan kepakaran,
teknologi dan idea-idea baharu dalam pembangunan ekonomi.
iii.
Menggalakkan perdagangan antarabangsa
menerusi pakej pelantikan francaisi induk oleh francaisor tempatan, sekali gus
menyumbang ke arah pemantapan pertukaran mata wang negara.
iv.
Menyediakan peluang perniagaan kerana
perniagaan kecil milik francaisi sangat mudah dan cepat menyumbang kepada
pengambilan tenaga kerja.
3.2 Kepentingan
Terhadap Pembangunan Sosial
Di
antara kepentingan-kepentingan yang diberikan oleh industri francais terhadap
pembangunan sosial adalah seperti:
i. Dapat memenuhi keperluan masyarakat iaitu
dengan hasil daripada aktiviti urusan penjualan barangan dan perkhidmatan,
peniaga akan memperolehi keuntungan manakala pihak pengguna akan memiliki
barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
ii.
Perniagaan francais ini juga dapat memberi
dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat. Pekerjaan adalah sangat
diperlukan oleh setiap individu masyarakat kerana ianya merupakan sumber
pendapatan kepada masyarakat untuk mereka meneruskan hidup dan menyara
kehidupan dan juga keluarga mereka.
iii. Perniagaan francais akan dapat membantu dan memudahkan lagi
individu ataupun organisasi untuk memahami dan mengenal pasti sebarang
pergolakan perniagaan semasa. Misalnya, Syarikat A sedang menghadapi masalah
kewangan, maka kita boleh mengambil kesempatan ini untuk memiliki syarikat yang
berkenaan dengan membeli saham-sahamnya atau tidak.
iv.
Masyarakat yang berilmu perniagaan akan
memudahkan negara untuk menceburi dalam perniagaan di peringkat antarabangsa
atau global. Penguasaan ilmu perniagaan membolehkan peniaga-peniaga negara kita
bersaing terutamanya dengan peniaga-peniaga dari negara-negara maju.
No comments:
Post a Comment